Get Welcome-Graphics

Monday 21 May 2012


Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah di 1 rejab ini kte masih lg dipanjangkan umur..di kesempatan ini marilah sama2 kita melaksanakan ibadah di bulan rejab ini.  Insyaallah jika masih diberikan kesempatan terus meningkatkan amal menanti bulan sya’aban dan juga bulan yang dimuliakan bulan ramadhan.
 
 
Bulan Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan adalah “bulan-bulan emas” bagi kaum Muslim. Kerana di ketiga bulan itu  segenap rahmat, ampunan, dan “kunci” surga dicurahkan oleh Allah SWT kepada umat Rasulullah saw., sebagimana yang dapat kita lihat dalam petikan hadis-hadis Rasulullah saw. ini:
 
“Rejab adalah bulan pengampunan bagi umatku, maka perbanyaklah beristigfar di bulan ini, karena Ia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bulan Rejab juga dinamakan dengan Al Ashab (pelimpahan) kerana pada bulan ini rahmat Allah dilimpahkan kepada umatku.”
 
“Sya’ban adalah bulanku. Barang siapa berpuasa sehari saja di bulanku ini, ia berhak mendapatkan surga.”
 
“Wahai manusia! Bulan Allah yang penuh rahmat dan ampunan (bulan Ramadhan) telah datang kepada kalian. Bulan yang merupakan bulan terbaik di antara seluruh bulan di hadapan Allah. Siang harinya merupakan siang hari terbaik, sedangkan malam-malamnya merupakan malam-malam terbaik, dan waktu-waktunya merupakan waktu-waktu terbaik... Tarikan nafas kalian bernilai ibadah. Pada bulan ini, amalan-amalan kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan.”
 
 
 
Maka kita digalakkan untuk berdoa agar ALLAH berikan kesempatan kepada kita untuk memperbanyakkan amal dan diberikan kesempatan bertemu lagi dalam bulan Ramadhan insyaallah.
 
Tiga bulan ini, bulan yang cukup istimewa untuk bersama-sama kita melipat kali gandakan amalan kita untuk menjadi bekalan di sana nanti.  Istimewa ketiga-tiga bulan ini cukup hebat dengan terkandung peristiwa di dalamnya menjadi sejarah yang sungguh menakjubkan.  Pada bulan rejab inilah terjadinya peristiwa yang sungguh meruntun iman iaitu telah ALLAH nyatakan didalam surah isra’ ayat yang pertama iaitu peristiwa isra’ dan mikraj.  Ketika peristiwa inilah ALLAH turunkan perintah untuk mengerjakan ibadah solat yang diwajibkan ke atas umat MUHAMMAD.  Maka diantara iman dan kufur itu hanya dipisahkan oleh solat, bersolat kita beriman, meninggalkan solat kita kufur.  Antara kelebihan bulan rejab adalah awal bulan rejab adalah mustajab doa. Manakala berpuasa sehari di bulan rejab ALLAH ganjarkan dengan mendapat syurga yang tertinggi.  Maka janganlah kita meninggalkan bulan rejab tanpa kita berbuat sesuatu.
 
Maka ketika tibanya bulan sya’aban dimuliakan dengan nisfu syaaban.  Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
 
MasyaALLAH hebat sungguh kurniaan pahala ALLAH yang tiada tolak bandingnya untuk memberikan pahala kepada hamba-hambaNYA yang dikasihi.
Setelah berlalu dua bulan yang penuh barakah maka ALLAH lanjutkan pengumpulan pahala pada bulan ramadhan yang penuh barakah.  Maka ketika semua amal ibadah kita di lipat kali gandakan.  Ketika ramadhan dimuliakan ALLAH dengan peristiwa yang cukup hebat nuzul al quran iaitu penurunan al quran kepada manusia.  Maka bulan ramadhan adalah bulan Penghulu segala bulan. Bulan yang dikurniakan oleh Allah dengan anugerah yang besar kepada hamba-Nya. 10 yang pertama adalah kerahmatan, sepuluh yang kedua adalah keampunan dan sepuluh yang ketiga adalah telepas dari azab neraka.
Jadi sementara diberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam ketiga-tiga bulan ini, ambillah ia sebagai satu ruang untuk kita menambahkan amal.
 
>>>>>  Ayuh nisa’-nisa’, sahabat2 seislamku, adik-adik remaja perempuan kita ambil kesempatan ini untuk menambahkan amal dalam kehidupan kita.  Jom perbanyakkan berpuasa sunat pada 2 bulan ini rejab dan syaaban.  Kita lipatkan amal di bulan penuh barakah bulan yang mulia bulan Ramadhan, insyaallah.
sekian...

Sunday 20 May 2012

Rindu pada semua sahabat..
itulah fitrah yg diberikan kpd kita semua...
perasaan yg sukar digambarkan...
bahawasanya..pertemuan itu manis sekali dan betapa pahitnya perpisahan...
sangat indah suatu pertemuan itu....tp apabila tiba saatnya perpisahan sukar untuk menghadapinya...
sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmah disebalik semua itu...
sudah memg adat yg mana setiap pertemuan mesti ada perpisahan...
hargailah persahabatan yg terjalin dan hagailah setiap insan yg menyayangi kita...
mungkin hari ini kita tetap bersam,esok belum tentu lagi....
huhh...seriuss sy katakan!!!!sy rindu kat semua sahabat sy >>>>>>>>sekian

Thursday 10 May 2012

...Sahabat...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
( Terima kasih sahabat )


" Sifat Sombong Merugikan "

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  
 
Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)


<<<< Jangan mencaci sesama kita >>>

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
===========
- Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan     
  mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan  
 dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.


- Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan 
  bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Wednesday 9 May 2012

Perempuan yang menjaga auratnya adalah perempuan yang cantik.
Bukan hanya cantik pada pandangan manusia,
juga cantik pada pandangan Allah.
✿ CANTIK IMAN, CANTIK AKHLAK, CANTIK  PERIBADI
~♥✿ MUSLIMAH ✿♥~
✿✿✿
...Dirimu ibarat intan berlian. Dijaga dan disimpan rapi.
Tinggi nilainya dan mahal harganya....^^
....Jangan biarkan dirimu umpama makanan yang dijual di pinggiran jalan.
Terdedah dan dipegang-pegang. Akhirnya menjadi rosak dan basi....
✿✿✿..:: Peliharalah aurat & dirimu...^____^ ✿✿✿

Tuesday 8 May 2012



....................................................................
( p/s : " Saya hanya insan biasa ^__^ " )
....................................................................

Monday 7 May 2012


..::: Life . is . a . Journey :::..
 "Sesungguhnya solatku, amalku, 
hidupku dan matiku kerana Allah yang satu. Ku serahkan segala, hatta jiwa dan raga sebagai tanda cinta kepadaMu yang Esa".
 ~~Warna-warni kehidupanku~~

Sunday 6 May 2012

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


RINDU pada sume!!!!

Friday 4 May 2012

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
 Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

~ La Roche ~
<<<Renung2kan...dan selamat beramal>>>
" Bila diri tak diperlukan lagi "

Kita akan rasa kecewa..
Kita akan rasa sedih..
Wahai teman,
Pandanglah ke langit..
Kita akan sedar bahawa.. 
Allah sentiasa bersama kita.. — at coretan hati....

(p/s : jgn b'sedih tatkala anda keseorangan..haha..^^ peace yeo )

Thursday 3 May 2012


~ Lirik lagu Rapuh by Opick ~

 

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu....


(p/s : terharu bila dgr lagu ni...sbb 2 sy suka lagu ni ) 

Tuesday 1 May 2012


~~ Minggu ni merupakan minggu yg kritikal buat sy...
A lot of thing must be done 4 this week...
Hanya Allah sahaja yg tahu hati dan perasaan sy saat ini..
Moga dipermudahkan segala urusan dan tabah menghadapinya..insyaAllah
walau sesukar mcm mana pun sy kena hadapinya juga... 
walaupun agak perit nak laluinya tp apa lah daya sy, nak x nak kena tempuh juga....
huhh,so now sy release tension tgk blog org...haha,tgk apa yg ada..mcm2 ada...
k,keep smilling 4 everyone...ingat!!senyum itu satu sedekah...dgn senyuman juga
mampu mengurangkan tension kt kepala...so,senyum selalu ye...n i hope much happiness will be come later on...peace^^ ~~